Tajuk entry pun dah macam iklan menan yang "Tora datang Lagi" *bunyikan dengan suara yang comel ples*
Sape penah tengok iklan tu? tipu kalau cakap tak, orang kampung ke orang bandar ke mesti penah tengok ann..eleh..rumah masing-masing dah ade tibi.
Weh, lagi dua ari lagi dah nak puasa lah. Korang dah ganti puasa? ganti cepat derr, nanti kena ganda tau tahun depan,,sia-sia. Dikesempatan ini (cewah) sy (tetibe nak guna saya-awak) nak ucapkan ....
Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin & Muslimat ^____^
Comel sungguh kartun ini, siap bintang-bintang bagai.
Semoga Ramadhan kali ni penuh keberkatan
^^^^^^^^^^
Dulu masa kecik-kecik mak aku selalu cakap, kalau bulan puasa setan kena tambat, dalam hati,
hahaha padan muka setan & hantu semua, boleh la aku ngan kawan-kawan lepak kat lua rumah main bunga api, sambil berlari-lari manja, tangan pusing-pusing sambil pegang bunga api yg percikkan dia keluar kaler-kaler tuh.
Maaf, aku tak suka main mercun, bahaya! no..no..*sambil jari telunjuk bergerak ke kiri dan kanan. Alah main sekadar mercun papan, nak cucuh api pon ketar-ketar tangan, pastu belum kena api lagi dah baling, langsung kena marah free dgn abang aku. "dah,tak payah main".
Setan..pergilah dengan tenang, asik mengangu-gugat org je taw..shuhh
^^^^^^^^^^
Gambar-gambar dibawah (curik dr Si pintar Google) adalah sedikit sebanyak peringatan dr aku utk reader-reader sekalian (lantak aku lah nak perasan reader aku ramai). Yang baik dari Allah & yang kurang ajar baik dari diri aku n jari aku yang taip keypaid keyboard nih.
Sila klik untuk tumbesaran.
Mak ai, kociknye....Sila klik utk tumbesaran juga.
Comel syiall.....penoh bermakna walaupon gambar die seakan-akan seekor berok. ke memang berok?? takde keje pulak aku nak kaji berok ke tak..Abaikan.
Bulan puasa @ Ramadhan ni lah yang nak buat banyak pahala. Kalau bulan-bulan lain tu macam malas-kemalasan je nak berbuat baik kan. So kemonlah, kita sama-sama manfaatkan Ramadhan tahun ni.
p/s : alamak, baju raya takde lagi. ok.ok puasa baru nak start dah pikir baju raye, eloklah tu.
Ok bai.
0 comments:
Post a Comment