THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 27, 2012

..: Mari Belajar Memasak :..

Assalamualaikum uolls.

Orang perempuan ni kan memang sinonim dengan memasak kan. Kalau zaman dulu-dulu tu kalau dah reti masak, memang mak bapak bagi kawen je. Kire macam "tiket" untuk berumah tangga. Memasak adalah sangat-sangat penting dalam rumahtangga, macam tu lah kot. Zaman sekarang dh tak macam tu, perempuan yang bekerjaya dan ada duit lebih mesti akan makan diluar atau beli diluar. Dah malas nak masak, tak ada masa nak masak atau  tak reti masak? Korang jawab la sendiri.


Lawa bena nak pegi masak Cik Jah oii

Hakak tak nak jadi macam tu, jadi, Hakak mengambil inisiatif untuk menjadikan blog yang tak berape nak femes lagi ni sebagai "Buku Masakan" untuk Hakak gunapakai pada masa akan datang (Hakak pon nak kawen jugak hihihi). Alah, kalau korang nak, korang boleh rembat a.k.a copypaste je resipe-resipe tu nanti, Hakak halalkan wawawa.....Hakak pon MUNGKIN akan copypaste dr mana-mana sumber. Yang penting niat tu, niat tu nak belajar. Niat Hakak nak belajar buat kek, cupkek, masakan berkuah, mee, etc. Tak payah nak ber Hakak-Hakak sangat lah.


Sekadar Hiasan. 


Kt rumah memang tak de oven, so bila takde memang payah nak buat apetah lagi nak belajar, jadi malas macam siput, asik nk dok dalam cengkerang tu je, macam tu lah aku. Bila bende-bende asas takde, memang malas nak buat. Tu utk kek la kan, kalau utk masakan lain tu tak berpeluang nak masak sebab Mak ada, Mak la yang masakkan, bukan aku malas ea,bukan sama sekali. Ha..itulah, itulah  yg jd tak pandai masak tu, sebab asik disuap dan dimanjakan oleh Mak kan? Rasakan, sekarang dah tua, terngangalah nak belajar.


Seksi naw...

So, bile memandangkan status 'single' akan berubah nanti, Insyallah, aku harus bersungguh-sungguh belajar memasak utk bagi makan anak n suami aku nanti. Heloo..heloo...aku cakap cmni bukan bermakna aku tidak langsung pandai memasak ea. Itu tidak benar. Boleh la setakat kari, masak lemak, sambal, goreng-goreng mee ke kan, tapi cukup ke setakat tu je. Kompem-kompemlah tak kan, so kena lah pandai-pandaikan diri, tajamkan skill masak tu sebelum menjadi 'Isteri Solehah' seseorang tu, cewahh. 


So later on, i will update from time to time about the recipes keyh. Stay still ^____^


Muka Semangat nak memasak.

Ok, bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com