THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 20, 2012

..: Birthday Si Chubby Saya :..

Ehemm...ehem..uhuk..uhuk...batuk macam nak mati...Wah, sekarang aku batuk-batuk,,dh taw nak masuk bulan puasa nih,pemalas minum air lg kan?Tapi arini,kena praktis tak minum air waktu siang. Semangat!!  Ok! tu konon-konon je ea, tupperware air skrg ni dah tinggal separuh...achane Johan tu?? (ni aku tulis pagi tadi, sekarang dh petang air dalam botol air dh refill balik, punyalah banyak minum)

Whatever.....*tetibe...

Hari ni kan kan,Buffday Si Chubby saya ^________^ senyum lebar sampai tinge!!!
*Si Chubby tu sape?? ok aku jawab walaupun aku sendiri yang tanya soklan tu, sangat prihatin kepada pembaca-pembaca kann?? Si Chubby tu ialah...ialah...Dia ialah Tunang shayer! *cakap macam budak-budak..wink2...(tapekan aku macam ni kadang-kadang?)


Aku suka buat suprise kat Si Chubby aku ni, Dia sgtlah tidak romantik so aku la yang ambik alih keromantikkan tu.Boleh cam tu?. So utk buffday die tahun ni, ada lah "sumthing" tu yang aku nk bg as a present dan bende tu aku tak pernah bagi pun sepanjang hampir  7 tahun kami kapel. Nak tahu ape? Nakk!!!. Aku dengar ape korang cakap dlm hati eyhh,,, hakhakhak...kadang-kadang budget artis pon boleyy.

Cukup, sambung balik. Layan picture-picture comel dibawah...zazzz....


(1)


Nampak gambar yang hampir-hampir comel di atas ini?? hahaha...ok..lupekan.
Pagi tadu punya cerita. Konon-konon nak search je kat tenet gambar-gambar menarik pasal birthday sbb nak post kal wall FB Si Chubby aku ni. Tetibe ternampak gambar perempuan tengah pegang kad besar tulis Happy Birthday. Pas tu otak medula oblonggata aku ni pun pantas berfikir "takkanlah aku nak post dekat wall FB  tunang aku sendiri tp guna gambar pompuan lain..tidak!! sambil jerit2 dalam hati jek. Ok.terus set dalam kepala bila idea terbang hinggap dalam otak. Terus ambil paper A4 then tulis sendiri. Ha, jd lah macam gambar di atas. TQ pada officemate aku Fara (sila kelik kalau nak berkenalan) sebab sanggup layan gila-gila aku tu pagi tadi.hahaha. Snap lebih kurang saploh picture, pilih-pilih then edit..Tu lah hasilnya. Siyes malu gile wat camni, pas tu post pulak dalam fb, memember sume tengok, tapi aku buat duno je..lantaklah. This is pon first time ever! Tak penah terpikio pon nak buat okey.


(2)

Pas tu an, terlebih rajin, aku buat pulak kad. Hand maid je pon. Nak beli sampai 3 4 5 hengget. Tak payah. Aku pun kreatif ape. Masuk lif tekan butang sendiri. Paham kan? Walaupun tak cantik macam kad kat kedai, tapi hakak buat ikhlas noks. hakhakhak.



(3)

Ha...muka siyes je nampak cincin tu ann? How romantic I am?? Angguk la pale tu..Yes, that it!! A Ring.Buat pertama kalinya dalam idup aku bg cincin kat tunang aku. Ingat bila nak nikah nanti-nanti-nanti baru nak beli,tapi dah tak tahan sangat nak beli jugak. Nak beli jugak, belilah! And coklat tu pulak sebab sedap. Bila dia bukak nanti untung-untung boleh cilok sikit. Kalau ada rezeki. Eii, aku bagi ikhlas ok. Tak mintak balasan punya. Tu kalau je..KALAU.


Malam ni nak meet, then boleh bagi hadiah-hadiah tersebut. Tak sabarnya. Nak tengok reaksi die. Walau pun dah tahu ape reaksi dia yang tak kan tunjukkn ke happy an die tuh. Redho mak.


p/s : aku selalu dapat present bertemakan kapal dr Si Chubby aku nih. Tak tahu lah nape die suka bg kapal-kapal. Ada sebarang pandangan??

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com