THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 23, 2012

..: Kek Blueberry :..

Part II


Entry ni adalah sambungan dari kesah entry sebelumnya. Tolong jgn bosan k, baca je, buat tak tahu. Pada siape yg tak tahu link sebelumnya, boleh click SINI. Yer, sama-sama!. Berperasaan ada pembaca mengatakan "terima kasih"...hahaha wakk lu!

Pada malam kejadian, yakni malam buffday tu, Si Chubby aku ni ajak pergi makan, mak nak belanja katanya, sempena nak sambut ketibaan Ramadhan tahun ni pada keesokkan harinya. Sampai-sampai je kedai makan tu, maaf lupa nak habaq, kedai makan tu kat Jerantut, ok sambung balik..sampai-sampai je tgk ramai ahli keluarga dan sanak saudara menanti penuh sabar, sambik perut masing-masing ligat bershuffle

Maaf la yer, kami sampai lewat, semua org dah lapar. Tak sempat ape-ape, duduk-duduk,terus doa dan...ngapp. Sat je semua lauk-lauk habis, pinggan licin, ikan siakap tinggal kepala gondol. Ok, settle bab makan, Tetibe....adik Si Chubby aku ni bawak keluar kek. Perhh...rupe-rupenya ada suprise, sambutan bday secara kecil-kecilan. Si bday Boy sangat pemalu dan terharu, org ramai pakat dok nyakat and amik gambar dia. Meh aku share some sweet moment. Dengan aku-aku pon terharu. Ape kes! 


Ok, atas kek tu asal nama "Pak Cik"? Tunang aku ni anak no 7, kedua bongsu, so gelarannya ialah 'Pak Cik", memandangkan kek tersebut adalah dr keluarga maka haruslah gelaran  itu diletakkan. Kalau aku yang bg mestilah tuka tittle tu, ye dok.Sayang ke, Sayam ke, Darling ke, Bie ke, Baby ker, Justin Bieber ke....bla..bla..bla....Kek die sgtlah perhh, sedap..BLUEBERRY+COKLAT  Boleh bayangkan tak? Betapa terliurnya sekarang. Nyesal tak makan banyak-banyak ritu =( *mood : puasa dan bersabar!)

Lepas mkan, bayar, borak...bla...bla.....kitorg terus ke destinasi lain. Tak hengat dah lewat malam dan esoknya nak berpuasa, kaki masing-masing gatal nak berjalan jgk. singgah la jap kat ICT...woo..woo ingat kat Shah Alam jeke ada ICT, kat Jerantut pon ada gak aww...tp pokok jela ICT, yg lain sume sama dengan je dengan taman permainan. Ok tak lawak.

Yang ni interesting nak bagitaw, sampai je kat tempat ICT palsu tu, aku terus keluarkan coklat dan kad yg aku telah bersusah payah nak membuatnya. Aishhh....nasib dia terima dengan senyuman n ucapan TQ. hakhakhak...lepas tu slow-slow kuarkan main present iaitu Cincin comel tu. Perh...lagilah terharu kan. Tak cakap banyak terus pakai. Kembang hatiku. Keluar pergi "ICT" dengan senyuman sampai tinge. ^___^

 Gambar 1


Gambar 2


Ok, gambar-gambar tu tengok je jangan komplen. sebab aku tau korang semua perasan baju kami sama. *padahal memang nak showoff pon. Mengedik.

Ok bai

p/s just for info: Hari ini dah hari ke-3 puasa. Insyallah berbuka puasa bersama Si Chubby tersayang.


Thank You For Reading This Entry ^__^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com