THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, October 19, 2012

..: Minggu Bizi :..

Assalamualaikum

Almost 2 week x hupedate blog?? *fuhh lap peloh meleleh didahi
Manyak bizi lately ni ooooo, banyak persiapan nak kena buat, kena pk beli tu beli ni, so mental dh down and malas nak tulis-tulis blog bagai. Kata kasarnya I xde mood nak tulis..Boleyy? huhu... 

So today ntah jin ape masok, so aku mcm nak tulis sikit je sal perkembangan kehidupan aku and proses wedding yg dah tak lama... Oh Em Gee..*urut tetep dada..

Macam rasa nafas tak nafas je taw, skrg ni dh less then 1 month for my Big Day. Everything is under control. Just makanan and cekedis2 je nak beli awal bulan 11 nanti. Beli awal2 ada pulak tikus and semut  kat umah tu wat kenduri kawen jgk..

Kad kawen Insyallah today nak g ambil... Malam esok ada kenduri mensyuarat sikit kat rumah aku, its like perbincangan org2 kuat kat kg utk menguruskan kenduri aku nanti. Like nak masak laok apa, org ni buat apa, ni buat apa, and so on...pas tu ada la makan-makan sikit. Its very exhausting for my mom.. sian die , everything kena buat alone, *mak sorg2 kat rumah =(

So ape lg yer...hurm dh banyak lupe sbb lama sgt x hupdate kennn?? hahha..

Owwhh...so hantaran dh beli sikit2, ape hantarannya???? supriseeee...kena dtg for my wedd and xpon tunggu aku upload nanti keyh...=)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Tuesday, October 02, 2012

..: Pantang Larang Utk Bakal Pengantin :..

Assalamualaikum....selamat petang...
**sekarang waktu petang ^__^

Ok,ok,,wahh...tak lama lagi Insyallah jd penantin la shayer...
**mata kelip-kelip


Ehem..ehem..feeling-feeling nak jd penanting nanti ni
**Insyallah semua yg dirancang harap dimakbulkan =) 


Kat fb kan, abg kepada Tunang aku ada post sumthing taw pasal bride n groom wannabe soon, dan dituju khas pada Azira & Afizan, yer aku lah tu...

Ader 44 pantang larang utk bakal pengantin. Wow, nebes pulak bila baca, macam-macam kau dia tulis dalam tuh, hurmm bak kata pemberi komen dalam link tu, dia cakap, 

"berpantang larang x salah 
asalkan jgn bertentangan dgn ajaran islam.
=)"

Apa yang dia cakap tu mmg betul lah. Entry tu pon its just reminder for bakal pengantin, dan setiap satunya ada yang rasional, ada yang tak, so "lu pikirlah sendiri!!!! **versi Nabil 

Jom sama-sama layan dan baca entry ini. Kalau boleh ambil sebagai ilmu. Ni ha ni ha, mana-mana pembaca entry ni yang belom kawen, ambik pengajaran. **Wahh bercakap macam motivator. syabas Insp. Sahab, syabas!!

Utk diri  aku sendiri,,, mana2 yang aku ase aku bole ikot, aku ikot, akan tetapi, ada yang tak nak ikot jugaaa guano?? **haha lebih tepat ayatnya, ada yang aku abaikan, hahahaha, jahat tol...ngeee..


Comelnye la pasangan kartun ni. ^___^

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: WaNiTa :..

















AkU WaNiTa AkU KaUm HaWa yAnG MeMaNg RaPuH HaTiNya
AkU WaNiTa AkU PuNyA CiNta SeLaYakNyA MaKnUsIa
ApAkAh SaLaH JiKa AkU MeMiNtA,
ApAkAh SaLaH JiKa EnGkAu TeRnYaTa,
PiLiHaN HaTiKu,
BeLaHaN JiWaKu InI KaSiH.............


Thank You For Reading This Entry ^__^

Monday, October 01, 2012

..: Samurai Burger VS Ayam Goreng @ MCD :..

Assalamualaikum....

Sebelum cakap apa-apa nak bagitahu dulu. Aku suka McD!!! McDonald lah. Korang suka tak?? Tempat makan fast food yg paling sedap **tipu sgt paling sedap kan? 

McD paling terkenal dengan pelbagai jenis burger dan-dan dia ada 10 pilihan set pada waktu lunch and dinner yang murah-murah. murah ke?? hurmm...

Terbaru ialah Samurai Burger. Sebab terasa sangat ingin memakannya, dengan pantas ajak rumate g McD Mentakab. Walaupun 'kering' tapi ntah kenape nak jugak nak jugak..huhuhu

Jujur cakap lah kan. Sedap die punya daging bila dicelop dengan 'kuah hitam' tu. Ntah ape ke nama die ntah. Tapi secara keseluruhan, aku rasa biasa-biasa je, tak ada beza dengan burger beef biase yg ada kat McD tu. Mungkin kelainan die hanya pada 'kuah hitam' yang dicelup dengan daging tu je. **kalau ada peminat samurai burger yang fanatik baca entry ni mesti dia rasa mcm nak hentam aku.. Papepon maaf la yer. Ni pendapat peribadi =)


Sedap x sedap pon habis jugak makan. Lapa kan waktu tu. Tak pandang kiri kanan... ngappp teros....tapi..tapi selepas baca doa makan oke!

Rumate aku makan ayam goreng spicy McD. Die lagi terok ngidam. Sampai termimpi-mimpi lah makan ayam tuh. Melampaukan, kalah orang menandong 9 bulan. 

Ha...sebaris belah kiri tu gamba aku dan makanan aku, sebelah kanan tu my rumate dgn makanan die.
Perbezaan sebelum dan selepas makan. Memang tak rugi kalau blanja aku makan buffet taw. Kompem habiss....


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: Deal Tarikh Nikah :..

Assalamualaikum

Hurm, lama tak update blog. Agak bz aku skrg 
**cewah, sambil libas2 rambut.

New updates:

30 September 2012
Pergi Jengka 11, utk set date nikah aku nanti dgn Tok Kadi. So tarikhnya Insyallah 161112 selepas Asar ^__^ **muka gatal!!

**Utk pengetahuan, aku dok Jengka 1, sepatutnya Tok Kadi Jengka 1 la yang nikahkan, tetapi, disebabkan Tok Kadi Jengka 1 dah meninggal, kena guna Tok Kadi Jengka 10, kire Jengka 1 dan Jengka 10 tu sebelah sebelah jela. Tetapi lagi...alangkah malang nasibku, Tok Kadi Jengka 10 kena pergi Mekah atas urusan Haji, maka dengan ini, hak untuk nikah menikah kan org ni jatuh pada Tok Kadi Jengka 11 (jaoh jgk dr umah aku..hurmm..). Paham?? Semangat nak kawenkan, so kena buat bersunggoh sunggoh. Lagi aku tak ada ayah / abg yg duduk dekat, so EVERYTHING n ANYTHING kna buat sendiri plus Incik Tunang tolong sikit sikit. 

Nasib Tok Kadi spoting. Incik Tunang dh suka suka dh sebab dapat tok kadi yang cmtue, so tak la stress nanti. Kuat bergurau tu, aishh,,harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Amin


Thank You For Reading This Entry ^__^

Tuesday, September 25, 2012

..: ABAH :..

Assalamualaikum, 

Interesting topic kannn? kann? kenapa ABAH? bukan MAK?? Haha, saje saje je den nak story morry pasal ABAH or org kg panggil 'Aboh' je, tak pon 'Apak'. Suka hati. Mana-mana pon boley. **Sebenarnya RINDU sgt dgn Abah titew =(

*
*
*

Nak story sedih sikit ni......

Ayah aku dah meninggal dunia dah =( pd 17 Januari 2003. (He was born om 29 Julai 1944)

Masa tu form 4. Baru lepas PMR la katakan. Now its almost 9 years he was gone and I miss him a lot! Tak tipu. Sumpah! Aku rasa rindu belaian abah **I called him 'Abah'. He was so kind person. Tak pernah marah aku or even jentik pon. No! Never! 

Dulu masa kecik-kecik kalau nak g kedai mesti mintak dwet kat Abah..'Abah nak 20sen, nak beli jajan ngan gula-gula' Abah pon tak banyak bebel, bagi je, tapi kadang-kadnag bising jgk die, aku dok perabihkan dwet die je. huhu. Rasa macam tak puas lagi duduk dengan die, manja dengan die, nak jaga dia, nak tunaikan ape 'wish' dia, nak dia jadi WALI aku masa aku kawin, tp Allah lebih sygkan Abah and Allah dh 'jemput' Abah pergi. 

Abah kena sakit kanser usus. Tahap sampai kena tebuk perot la, pakai kantung kat perot, buang air besar kat perut. Yg laluan bawah dh tak bole pakai. 2 3 tahun jgkkan die menderita sakit tu. Seksa sangat tengok dia. Sampai tahap kencing pon guna salur tiup. **nak nages =( sobb2...Mak yg banyak jaga and sabar dengan Abah.  So kami sekeluarga redho Abah 'pergi' dulu sbb dh tak sanggop tengok die menderita. 

**Nak tunjuk contoh usus kena tebuk and berak ikot kantung tu tu tak de pulak. jenoh cari kat Google. maaf yer. Kot-kon ade nanti...nanti...nanti....aku update ekk? ok.

Masa aku sekolah menengah dulu, masa Abah sakit duduk hospital Johor, aku kena tumpang tinggal rumah Mak n Ayah angkat aku sekarang. Mak Itam dan Pak Itam. Diorang sgt baik, tlg jg aku, bg makan minum, duit belanja sekolah pon dia bagi. Nak balas budi dgn bg wang ringgit mmg tak mampu sekarang. Sampai mati aku tak dapat balas jasa diorg jg aku. Hanya doa yg aku bole bagi. 

**Maafla  sebab entry ni  mcm emo..emo...sikit...tak plan pon nak cite, tp tetibe terluah dalam ni =(

*
*
*

Now, Insyallah, I will be someone wife and also be a mother to my future babies. And...and...My Fiancee will be PAPA or Abah to our future babies also..So, I really really hope and PRAY that ALLAH will give us bless to be a kind, special, good....etc parent to our future babies. 

And....semoga Incik Tunang dapat jd 'Abah' yang baik sepertimana Abah aku. Sebab aku nak anak-anak aku rasa bahagia dapat 'Abah' yang mcm tu ^___^

Gambar sekadar hiasan ..ngeee =)


To Abah, adik doakan agar Allah ampunkan dosa-dosa Abah, semoga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diredhoi-Nya. Amin

(sape yg ada Ayah lagi tu, hargaila selagi mereka ada di dunia ni, sebelum dia pergi buat selama-lamanya)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Monday, September 24, 2012

..: Prop :..

Assalamualaikum...

22 November 2012 (Sabtu) :
Rajin sangat nak buat prop **ape prop tu? nanti kat bawah ada tunjuk contoh prob, ok?
Hambek kaw, dr kol 6.30 ptg sampai pukul 10 malam baru siap. Tak mengape, janji puas hatiiiii. Bialah org nak cakap syok sendiri ke hape ke , pasai buat semua sorang-sorang, nak harapkan org lain buat, belum tentu ada yang nak tolong. So next, nak cari or buat GUESSBOOK pulak. ^___^

Layan gambar-gambar semasa pembikinan prop **prop la sgt...


Bersepah-sepah. hahaha, Mak tengok je,tak bising-bising pun I buat sepah kat ruang tamu =)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: Happy 7th Anniversary :..


24 September 2012 
7 Zulkaedah 1433 Hijrah

 Hari ini genap 7 tahun aku n Incik Tunang 'menyulam cinta'
Ayat tak nak kalah, kasi orang baca muntah-muntah
sebab meluat sgt baca ayat 'menyulam cinta' tu
hahaha *libas rambut, tiup kuku
Lantakkan Biarkan lah
Tu baru sikit, ayat-ayat seterusnya bisa membuatkan anda mungkin geli geleman, maka  bersedialah
Bila lagi nak menjiwang kan?
Hari ini hari bahagia 
Aku & Dia
Kami bisa mengatakan apa saja......oyehh
^___^

Sayang.....**jerit-jerit ayam





Yeyyyy...Syukur...syukur....syukur.....
ALHAMDULILLAH sekali lagi
Terima kasih ALLAH

Kerana Kau Kurniakan aku 
Cinta dan Seorg insan yg ku rasakan TERbaik utkku

Selama 7 tahun
Dia, Nurul Afizan b. Awang Kechik
Berada disampingku dan menjgaku 
diwaktu susah mahupun senang, 
menjadi sinarku pabila gelap, 
sabar dgn sikapku, 
menegurku dikala alpa, 
melengkapi apa yang kurang,
tak jemu bersamaku,

dan

Yg nanti, Insyallah dapat menjadi Imamku
Dapat menjadi Papa yang baik dan penyayang kepada bakal anak-anak kami
Dapat menjagaku Dunia dan Akhirat
Semoga dia adalah jodohku.**doa hari-hari ni

Ya ALLAH
Kau permudahkanlah dan Kau lancarkanlah segala perancangan
utk majlis 'PENYATUAN CINTA' kami berdua
Semoga ikatan ini menjadi sah, suci dan halal tidak lama lagi


To Incik Tunang:

Papa,
"TQ for being 'my everything and anything'
You Always stand by my side
make me feel the joy of  LOVE
TQ again for all the LOVE that you always give to me"



Sebenarnya banyakkkkk nak ckp kat dia tapi....tak terluah rasanya 
"no word can describe how i LOVE and appreciated u dear"


Dalam masa 7 tahun ni mcm-mcm perasaan yang pernah ada pada dia

Suka, Curiga, Dengki Cemburu, Gembira, Menangis, Sedih, Duka, Geram, Menyampah, Benci,
tapiiiiii.....masih tetap ada rasa 'falling in love again and again'
Tu yg Sweet tu ann ann ann?
semua kapel mcm tu kot, adatla bercinta,
gado-gado, pastu baik, kang gado balik,baik, gado lagi, baik, bla..bla..bla...
its normal, tu semua kenangan, nanti-nanti dah kawen boleh cerita balik dekat anak cucu macm mana uoll bercinta dulu. Indah sangatttttttt. Kentut pon wangi je, ye dok?

Last but not least, again, 

TERIMA KASIH SAYANG
 FOR 
7 YEARS OF WONDERFUL, COLORFUL, JOYFUL LOVE
THAT YOU'VE GIVEN TO ME
^___^

..: aZiRa~AfIzAn EterNaLLy :..


Eja 'anniversary' pon salah...abaikan!
Muka I yg ala-ala nak kekusaman dan huduh tu pon abaikan! huhu

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Saturday, September 22, 2012

..: Cara- Cara Buat Pelan Rumah Pengantin Dalam Kad Kahwin Buatan Sendiri :..


Assalamualaikum 
eberi....one...two...tree....bla..bla..bla....^__^

Tajuk kemain pjg, nak terangkan dh sekian, harap maklumla kalaw entry ni pjg satgi, sabar jela **sambil urut dada pelan-pelan. Orang nk kawin ni belanja banyak, so cara utk jimatkan wang adalah dr segi kad jemputan kawin yang utk bg org kampung tu..*ini bg pikiran aku lah, pikiran korang taktau. Sebab bagi aku kad ni lepas org baca, orang tahu las-las jd pelapik belacan je ye dok..rugi buat mahal-mahal!

So...ooo...dengan inisiatif sendiri, aku pon berusaha dgn gigih utk buat sendiri kad jemputan utk kenduri kawin aku nanti. *gempak ann, kembang kempes kembang kempis je idong, riak campo bangga. Yang kad lawo bagi tawan-tawan soh kedai la buat, rerajin beno aku nak buat. Buat yg utk bg org kg sudeh. 

Buat senang, pakai microsoft word je, sebab malas nak pakai microsoft publisher.*ayat malas konon, padahal tak reti setting utk jd separuh dr kertas A4 kikiki...gelak kepada diri sendiri. dem!

Masalah bermula pabila mahu melakarkan peta. Kompem mule-mule cam bengong sekejap. Last-last google, dpt jmpe blog ni *maaf lupa link blog. Tp cara die cm kt bawah ni la. Manyak membantu. Teros otak kiri dan kanan mengesa aku buat segera!

Cara-caranya ialah.................

1 ) Ha...mula-mula lukis peta atas kertas, gunala pensel, pembaris dan pemadam. Tak kan nak guna kalkulator pulak, tak logik dek akal..Lakar santek-santek, mcm aku buat tu senget...jgn ikot .hahahha

2) Pastu scan masok PC, then guna software Photoscape utk edit and masukkan segala jenis gambar atau petunjuk utk ke rumah pengantin , gambar rumah ke, masjid ke, tadika ke....hape-hape jela oiii....



3) Lepas tu pulak, masukkan arrow atau anak panah utk menunjukkan jalan yang benar ke rumah pengantin. Dia ada kat menu tool tu, pandai-pandailah godam yerk. 


4) Pung pang pung pang, lap peloh sane sini..then...Tadaa!!.....dah siap. atas ni contoh peta utk kad kawin aku nanti. Harap-harap org xsesat jalan nak g umah aku. **Ala, ni peta pada kad utk bg org kg je, so diorg dh familiar dgn jalan, so, no worry no worry...^__^

PERINGATAN!!! save leklok la kalau dah siap, karang terlupa save kang dh penat je nak buat lain..Lepas tu kopipes la dlm microsoft word yg dh ader nama n alamat rumah sume..


Ha...amacam, senang kan? So try ler. Jimat, best, puas hati dan dan bangga sekali. Hambek kau, berpakej-pakej rasa dalam hati lepas siap semua tuh. *perasan terer..puii. Nak tengok kad secara keseluruhan?? No no no...nanti-nantila aku upload ekk..kasi suprise sikitlahh. Tunggu fotostat kat kertas kaler baru santek nk tunjuk kat hangpa =).

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Friday, September 21, 2012

..: Borang Nikah :..

Assalamualaikum....

Fuhh,,,berpeluh-peluh jgkla nak setlekan hal kawin berkahwin ni. Macam-macam hal nak buek..
New updates,

18 Sept 2012 (Selasa): 
Buat ujian HIV, then sekalikan dgn borang nikah. Hantar borang ke Tok Kadi, tapi Tok Kadi tak dok, so tinggalkan dekat member suh antokan. Pakai tok kadi Jengka 10, pasal tok kadi Jengka 1 dh meninggal, so xde pengganti lagi. 

Dah petang-petang sikit, g Bandar Jengka pulak tempah kad kawin. Kad kawinku sgt simple hokey, xkesah org xske asalkan I suke U, jimat makk!

Hantar baju nikah utk dijahit. Somoga santek la mak cik tu jhit =)

19 Sept 2012 (Rabu): 
Dapat kol dr member tu, namanya Mira, dia cakap Tok Kadi takmo sain sebab ade borang tak lengkap pasal Wali. Aa sudahh...cuak aku. Ingat nak settle minggu depan pasal semalam dh masuk kije lewat, malu lah nak mintak kat bos cuti n half day lagi. 

20 Sept 2012 (Khamis): 
Terpaksa half day kije. Hari yang paling mencabar apabila Mira bgtahu tok Kadi nak g Mekah esoknya **yela, kn nak raya Haji ni, die sebok uruskan la.... Borang nikah tak setle lagi sebab ada masalah misscommunnication antara Tok Kadi  & Pejabat Agama Islam Daerah Jengka (PAIDJ) pasal Wali aku, yela, ayah aku dh meninggal, so Abang, la kena ambik alih tanggungjawab tu, so mcm2 la kena buat utk memastikan kesahihan wali tersebut. So bila dah setle sal borang nikah, Tok Kadi dah sain, pergi hantar borang pulak ke (PAIDJ). 

Bawak Mak & Akak (akak kena time slip utk keluar 2 jam dr tempat kije sebab nak tlg setlekan hal aku,macih Ita). Mak n Akak aku kena inquiries, soal siasan semua. then aku n Incik Tunang kena settlekan ape yg ter miss fotostat, buat sume-sume,bla..bla......tunggu dalam 5-10 minit, then pegawai PAIDJ tu panggil. "Dah siap, esok ambil borang kebenaran nikah bagi kat Tok Kadi Jengka 11, lusa boleh nikah dah." hahahha...terkezzutt tekulat kami-kami kat situ, =)..senyum jela bile orang cakap dh bole nikah n borang semua dh settle...hehehe...*guna Tok Kadi Jengka 11 la pulakkkk....




Ok latest updates will be on next..next..next...day...stay tune yer tawan-tawan!

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Saturday, September 15, 2012

..: DaMbAAn JiWa :..

CiNtA TeRasa seMaKiN SuSah DiGaPai,
KaDaNgKaLa KeMeSrAaN MeNjAdI PuDaR,
HaTi MeNjAdI KoSoNg,
TaPi....
DaMbAaN JiWa HaNyA KaU,
TeTaP KaU,
DaN SeLaMaNyA KaU, 
HaRgAiLaH SeGaLa yG AdA SeBeLuM iAnyA TiAdA.




Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: Cemburu :..

GooD MorninG....

**masa buat entry ni waktu pagi, kalau ada yang baca pd maktu malam ke tengah hari ke, pandai-pandai la tuka sendiri 'greeting' tuh, macihh ^__^ 

ehhemmm!!! batuk jap...ok start!

Masa kapel 3 word ni mmg akan berlaku, CINTA, RINDU,...kalau de masalah timbul pulak CEMBURU.. adat lah der...kalau takde 3 bende alah ni, best ke kapel?? jawab mak enon,jawab...



and




Yes....I'm Jealouse..
kadang-kadang terasa mcm tu..
ntah kenape..
perempuan mmg mcm ni kan...
huhu..hati mudah terguris...
hal kecik pon kadang-kadang nk terasa...




 che tgk katun kat bawah ni, sweeeeet ann? Aku ske tgk Incik Tunang jeles, tp laki ni kalau majok mak aih, payah naw nak pujuk, x mcm kite yg pompuan2 ni, mudah cayor...hikhikhik, tapi kalau kaum Hawa jeles, ha mcm kat dalam gamba tu lah, kepala nak besa,,,,badan cinonet je, metafora btl la pelukis ni...**I tak mcm ni ehh, betol! tp kadang-kadang jd jugak =)



Yes!!!!

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Thursday, September 13, 2012

~ PuDiNg RoTi ~

Assalamualaikum,

Masa sebelum puasa haritu my house mate ada buat puding roti, tapi masa tu aku tak ada, keluar, so tak dapat tengok, tak dapat belajar dan tak ambik gambar masa diorang tengah buat. Alangkan sedihnya. 

Tapi tak mengapa, tadi terjumpa satu blog ni, dia ada ajar macam mana nak buat puding roti. 

Puding ni sedap giles ok, gebu, manis, mcm-mcm la, tetiba terliur pulak. Nak buat malas. haha terbongkar rahsia kemalasan I. Tape-tape belum ada 'aura' nak ke dapur utk membuat dessert2, kueh2, kek2 semua. 

G dapur masak laok pauk utk mengisi kekosongan perut lapar memang laju sepantas kilat. Tak payah disuruh.

Ni lah ghupenya selepas dibakar. Susunan roti dalam tu ikot suke hati, bak kata boleh dicampak-campaknya roti itu di dalam loyang. Punyala tak kesah kan susunan roti dalam tu. Tapi molek la sikit, susun lawo, lawo baru ase nak makang **terengganu kitee.
Gambar : Ihsan GOOGLE


Gile ahh, sedap tengok creamy yg atas puding tu..perhhh...
Gambar : Ihsan GOOGLE


Well, bende ni pon kena ikot kerajinan aka passion jugak, nanti karang tak menjadi ye dak? Ok lets open this link for the recipe Puding Roti. Tengok jela kat link tu, nak salin-salin balik malas **malas lagi. Semoga owner blog tu menghalalkanlah resipi yang aku kongsi ni =).

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: Persiapan 1 :..

Assalamualaikum,

Its was almost 2 month before My Big Big day. Insyaallah, If Allah Willing.
Persiapan tak buat hape-hape lagi. **berani mati huhuhu
Borang-borang nikah semua tinggal 20% nak siap then submit to Pejabat Agama.
Insyallah will be settle by next week.
Check list semua dh buat, mcm kad kawin, 
doorgift, sweet, bag, bunga telur, hantaran, etc
**tinggal nak follow je,

Semalam dpt parcel dr my ex-roomate masa kat U,
Aku mtk tlg dia carikan dan belikan baju untuk 
my solemnization nanti,
Dah dapat semalam, rasa nak menjerit,
santekkkkkk sgt, Thax Syera =)
sanggup pergi Melaka, Nilai and Jalan Tar,
spend your one whole day to settle up cari baju ni semua
love u lah, muahxxx!!!

One of my house mate was like crazy, jerit-jerit cakap cantik, 
dia puji-puji si Syera ni sbb katanya pandai pilih.
That y i choose her to buy all my Baju Nikah
including baju Nikah Incik Tunang, samping, lace,
kain sume ok,tebal, lembut
below rm230 okey **murah kan?
tinggal tudung shj kena cari,
dia mmg pandai pilih, **cewah puji kawan sendirikkk
veil pulak nak tgk kat tempat bridal yg dah aku tempah utk majlis resepsi nanti
mintak-mintak ada yg sama kaler,
so tak payah beli lagi,
jimat ann =)

Tadaaa......ni lah parcelnya, saja tak bagi nampak full kaler, bg nampak kaler satin je, hikhikhik, kalau nak tau kaler baju nikah shayer, tunggula masa nikah nanti., Doakan yer =)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Wednesday, September 12, 2012

..: Birthday My Sister :..

Today is my Sister Birthday!!!!
kebabooooommm....*nak bunyi mercun jugak

Namanya, Norazlita Othman
**Aku panggil Ita je **takde kak pon kan, tu tak bermaksud aku tak hormat dia, panggil nama saja barulah akrab..yeke?

So Ita,,,,This is for u **mungkin dia pon tak tahu yang aku ade buat entry wish mcm ni kat dia, sbb dia bukan penah bukak blog aku pon, atau lebih tepat, die x online pon pasal jaga kembar, so xde der nak ngadap lappyje, tapi , tapi aku still nak wish jgk,,,,,

**tapi tadi dh wish guna sms, cakap *selamat hari tua" **bagus punya adik.


~Semoga panjang Umur, Murah rezeki
~ Semoga Rumahtangga kekal bahagia
~Be a pious wife to Abg Naza
Be a wonderful mom to ur sons, Arif, Afif & Afiq
~ Be a good daughter to Puan Narmah Bujang & Allahyarham Othman bin Ismail (pray)
~ Be my best sister eva!
and hopefully all the good good thing will always be with you Sis.



Kak Ita bersama Abang Naza (her hubby) and her twin Afif & Afiq **walaupon baby tu tengah menangis tapi parents nya tetap cool dan tersenyum semasa posing. hahahah

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: Video Maker :..

Assalamualaikum **wahh lawa rama-rama i kan

Ehem..ehem..how is eberibodi? fine or not? hopefully fine.
**mmg saje nak cakap mat saleh ptg-ptg ni.

Proceed!!

Ok, now I just want to sharing sumthing that i made from my enpon (Sony Ericson) masa tengan bosan-bosan. **Tak pe kan I rojak je bahasa? Redha

Ni masa 14 April 2011. Pas buat teros send ke enpon Incik Tunang. **memang menagis ala-ala manja la lepas dia dpt Video Msg ni

Bende ni ala-ala movie maker dalam lappy la. Teringat masa nak buat assignment kat U dulu, kena buat video. So kena shooting mcm dalam filem tu la, belakon ikot skrip, pastu sesi edit mengedit pulak, so kitorang guna Window Movie Maker je. 

Masa tengah-tengah buat asyik hang je, sebab tu bila buat sikit kena save, buat sikit save. Takut tetibe hang pas tu semua hilang, kena buat balik. Tak ke bengang mcm tu. Ada yg terror lg tu pergi download software movie maker yg lg advance.  Memang best la. Ishh...kenangan-kenangan.

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Tuesday, September 11, 2012

..: Tuhan, Tolong Jagakan Dia Untukku :..




Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepada mu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hati ku


Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Gambar Sekadar Hiasan....^__^


Thank You For Reading This Entry ^__^

Monday, September 10, 2012

..: Mari Melawat Binatang @ Lanchang, Pahang :..

Assalamualaikum eberibodi...

Tajuk hari ini ialah 'Mari Melawat Binatang' (baca mcm suara kartun sikit). Zoo Negara kat KL aku tak penah pergi, tapi korang pernah pergi Lancang? Yes,yg femes dengan tempat gajah tu? Tak penah?Tak tahu?? memang lah kan...kan...hahaha...Tape, nanti ada masa korang pergi k, boleh je nak buat tempat dating. Ok wat! dating sambil tgk binatang, boleh gak tambahkan ilmu tentang binatang masa melawat tu kan...Pergi dgn family lg ideal.

Hurmm,,,aku pernah pergi Lanchang tengok gajah masa buat konvoi dengan Team Gedegang Sengal + Senget dulu. Awal tahun 2010 kalau tak silap. Dari UTM ke Janda Baik, pas tu naik Genting, pas tu pas tu g Lanchang, Melaka etc. Dah nama pon konvoi, byk tempat le yg kena pergi. Ok stop cite pasal konvoi yg sudah 2 3 tahun lepas. Dah basi.uhuk..uhuk...


Ni lah pic nya, tahun 2010 haha, sgt oldskull..nampak tak aku kat mana?? Cari-cari...hehehe


Ari sabtu baru ni (8 Sept 2012) cadangnya nak pergi tgk gajah kat Lanchang tu lah, sampai-sampai hujan pulak, patah balik, pastu sampai kat Deerland rasa mcm nak masuk je dalam tu. Pasal tak pernah kan, gajah dah penah tengok, so tak ralat sangat tak dapat masuk sebab hujan. Walaupun Deer tu Rusa, aku kenal tapi saje gatal kan nak masuk jugak walaupun lagi sejam je tempat tu nak tutup. Bayar RM6 sorang, dapat merayau-rayau dalam tu sejam je,sebab tutup pukol 5, kitorang dtg pukol 4, tak berbaloi kn?? Tapi tak kesah. Nak masuk jugak. Ngeee... So siapa-siapa nak dtg tu dtg lah awal-awal. 

Boleh bagi makan rusa sekali kawwww! Sonok tak sonok nya aku. **rasa mcm nak lompat bintang pasal terlalu suka. Mula-mula masuk tak ada orang pastu tetibe 1 bas budak sekolah Cina dtg, spoil mood betul. Ingat kan kitorang lah yg paling lambat, boleh posing sane sini lame-lame sikit rupanya ada lagi yg lagi lambat..**rasa nak tarik-tarik je tocang diorang, protes sebab kacau daun.hikhik

Ha...nampak tak ke'excited'kan kami? Bersunggoh nak snap pic masa bagi makan Rusa. Bukti ooo bukti. Ape orang cakap, 'perok' ke 'jakun'? Ape-ape jelah. Tapi gambo aku 3 je, gambo dia sampai 6 7 keping. Tah haci **hentak-hentak kaki.  


 Yea, gambar kami lagi, dan kami, kami lagi...kami....penat tak tengok? hadap jela yer.haha


1) Nampak tak baby rusa yg omel tgh posing pandang camera aku tu? Kiut sgt dia. Macam nak pelok-pelok buat tido malam. Dah la pendek selalu kena buli dgn yg beso-beso sebab berebut makanan, las-las aku yg baik hati ni pon mencangkong bagi dia makan ikot paras ketinggian dia. **baik hati kan? kan?

2) Yang hewan-hewan lain tu ada burung unta, rabbit, hamster, rusa australia, burung puyuh, burung merak, kucing pon ada taw, tak paham. Lagi, ha....ular, yg elbino ada yg hitam ada. Mood sedey sekejap sebab tak ada siapa nak tangkap gambar aku dengan ular tuh =(

3) Nampak tak bekas kaler pink tu. dalam tu ubi.tak tahu ubi kayu ke keledek ke kentang ke, lupa nak tanya. haha. tu makanan rusa lah, amik satu-satu suat dalam mulut dia. Kalau geli, letak je tepi pagar nanti rusa tu jilat secara senget. Eii, air liur die mengelikan.


Tu souvenier masa g sana. Kuala Gandah Elephant dan Deerland. Tak masok tengok gajah pon sebok nak beli fridge magnet hahaha.Gambar yang lain-lain tu hanyalah sebagai hiasan. Ciwahh!


Tempat tu macam mini zoo la cmtu, cuma main course die RUSA, hewan-hewan lain tu mcm tambahan je. Kami pergi ber4..bukan ber2.**takpernah pon g jalan mcm tu b2 uhukuhuk. Pergi sama-sama dengan Abe n anak sedara Abe (Abe tu kwn tunang aku n aku masa Form 6 dulu) Nak kenal? Pm aku hahaha...jual member =).  

Ok dude, Jom ramai-ramai pergi Kuala Gandah, Lanchang utk melawat Gajah, Rusa dan pelbagai haiwan lagi. Entry ni dah mcm promot tempat-tempat menarik sempena tahun melawat Malaysia. Oyeahh..

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com