THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 25, 2012

..: ABAH :..

Assalamualaikum, 

Interesting topic kannn? kann? kenapa ABAH? bukan MAK?? Haha, saje saje je den nak story morry pasal ABAH or org kg panggil 'Aboh' je, tak pon 'Apak'. Suka hati. Mana-mana pon boley. **Sebenarnya RINDU sgt dgn Abah titew =(

*
*
*

Nak story sedih sikit ni......

Ayah aku dah meninggal dunia dah =( pd 17 Januari 2003. (He was born om 29 Julai 1944)

Masa tu form 4. Baru lepas PMR la katakan. Now its almost 9 years he was gone and I miss him a lot! Tak tipu. Sumpah! Aku rasa rindu belaian abah **I called him 'Abah'. He was so kind person. Tak pernah marah aku or even jentik pon. No! Never! 

Dulu masa kecik-kecik kalau nak g kedai mesti mintak dwet kat Abah..'Abah nak 20sen, nak beli jajan ngan gula-gula' Abah pon tak banyak bebel, bagi je, tapi kadang-kadnag bising jgk die, aku dok perabihkan dwet die je. huhu. Rasa macam tak puas lagi duduk dengan die, manja dengan die, nak jaga dia, nak tunaikan ape 'wish' dia, nak dia jadi WALI aku masa aku kawin, tp Allah lebih sygkan Abah and Allah dh 'jemput' Abah pergi. 

Abah kena sakit kanser usus. Tahap sampai kena tebuk perot la, pakai kantung kat perot, buang air besar kat perut. Yg laluan bawah dh tak bole pakai. 2 3 tahun jgkkan die menderita sakit tu. Seksa sangat tengok dia. Sampai tahap kencing pon guna salur tiup. **nak nages =( sobb2...Mak yg banyak jaga and sabar dengan Abah.  So kami sekeluarga redho Abah 'pergi' dulu sbb dh tak sanggop tengok die menderita. 

**Nak tunjuk contoh usus kena tebuk and berak ikot kantung tu tu tak de pulak. jenoh cari kat Google. maaf yer. Kot-kon ade nanti...nanti...nanti....aku update ekk? ok.

Masa aku sekolah menengah dulu, masa Abah sakit duduk hospital Johor, aku kena tumpang tinggal rumah Mak n Ayah angkat aku sekarang. Mak Itam dan Pak Itam. Diorang sgt baik, tlg jg aku, bg makan minum, duit belanja sekolah pon dia bagi. Nak balas budi dgn bg wang ringgit mmg tak mampu sekarang. Sampai mati aku tak dapat balas jasa diorg jg aku. Hanya doa yg aku bole bagi. 

**Maafla  sebab entry ni  mcm emo..emo...sikit...tak plan pon nak cite, tp tetibe terluah dalam ni =(

*
*
*

Now, Insyallah, I will be someone wife and also be a mother to my future babies. And...and...My Fiancee will be PAPA or Abah to our future babies also..So, I really really hope and PRAY that ALLAH will give us bless to be a kind, special, good....etc parent to our future babies. 

And....semoga Incik Tunang dapat jd 'Abah' yang baik sepertimana Abah aku. Sebab aku nak anak-anak aku rasa bahagia dapat 'Abah' yang mcm tu ^___^

Gambar sekadar hiasan ..ngeee =)


To Abah, adik doakan agar Allah ampunkan dosa-dosa Abah, semoga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diredhoi-Nya. Amin

(sape yg ada Ayah lagi tu, hargaila selagi mereka ada di dunia ni, sebelum dia pergi buat selama-lamanya)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

2 comments:

Hairil Faiz said...

touchingnye.. sedih2.. :')

~GaDiS~ said...

taw xpe...huhu...ni la kesah hidop ku....=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com