THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 10, 2012

..: Mari Melawat Binatang @ Lanchang, Pahang :..

Assalamualaikum eberibodi...

Tajuk hari ini ialah 'Mari Melawat Binatang' (baca mcm suara kartun sikit). Zoo Negara kat KL aku tak penah pergi, tapi korang pernah pergi Lancang? Yes,yg femes dengan tempat gajah tu? Tak penah?Tak tahu?? memang lah kan...kan...hahaha...Tape, nanti ada masa korang pergi k, boleh je nak buat tempat dating. Ok wat! dating sambil tgk binatang, boleh gak tambahkan ilmu tentang binatang masa melawat tu kan...Pergi dgn family lg ideal.

Hurmm,,,aku pernah pergi Lanchang tengok gajah masa buat konvoi dengan Team Gedegang Sengal + Senget dulu. Awal tahun 2010 kalau tak silap. Dari UTM ke Janda Baik, pas tu naik Genting, pas tu pas tu g Lanchang, Melaka etc. Dah nama pon konvoi, byk tempat le yg kena pergi. Ok stop cite pasal konvoi yg sudah 2 3 tahun lepas. Dah basi.uhuk..uhuk...


Ni lah pic nya, tahun 2010 haha, sgt oldskull..nampak tak aku kat mana?? Cari-cari...hehehe


Ari sabtu baru ni (8 Sept 2012) cadangnya nak pergi tgk gajah kat Lanchang tu lah, sampai-sampai hujan pulak, patah balik, pastu sampai kat Deerland rasa mcm nak masuk je dalam tu. Pasal tak pernah kan, gajah dah penah tengok, so tak ralat sangat tak dapat masuk sebab hujan. Walaupun Deer tu Rusa, aku kenal tapi saje gatal kan nak masuk jugak walaupun lagi sejam je tempat tu nak tutup. Bayar RM6 sorang, dapat merayau-rayau dalam tu sejam je,sebab tutup pukol 5, kitorang dtg pukol 4, tak berbaloi kn?? Tapi tak kesah. Nak masuk jugak. Ngeee... So siapa-siapa nak dtg tu dtg lah awal-awal. 

Boleh bagi makan rusa sekali kawwww! Sonok tak sonok nya aku. **rasa mcm nak lompat bintang pasal terlalu suka. Mula-mula masuk tak ada orang pastu tetibe 1 bas budak sekolah Cina dtg, spoil mood betul. Ingat kan kitorang lah yg paling lambat, boleh posing sane sini lame-lame sikit rupanya ada lagi yg lagi lambat..**rasa nak tarik-tarik je tocang diorang, protes sebab kacau daun.hikhik

Ha...nampak tak ke'excited'kan kami? Bersunggoh nak snap pic masa bagi makan Rusa. Bukti ooo bukti. Ape orang cakap, 'perok' ke 'jakun'? Ape-ape jelah. Tapi gambo aku 3 je, gambo dia sampai 6 7 keping. Tah haci **hentak-hentak kaki.  


 Yea, gambar kami lagi, dan kami, kami lagi...kami....penat tak tengok? hadap jela yer.haha


1) Nampak tak baby rusa yg omel tgh posing pandang camera aku tu? Kiut sgt dia. Macam nak pelok-pelok buat tido malam. Dah la pendek selalu kena buli dgn yg beso-beso sebab berebut makanan, las-las aku yg baik hati ni pon mencangkong bagi dia makan ikot paras ketinggian dia. **baik hati kan? kan?

2) Yang hewan-hewan lain tu ada burung unta, rabbit, hamster, rusa australia, burung puyuh, burung merak, kucing pon ada taw, tak paham. Lagi, ha....ular, yg elbino ada yg hitam ada. Mood sedey sekejap sebab tak ada siapa nak tangkap gambar aku dengan ular tuh =(

3) Nampak tak bekas kaler pink tu. dalam tu ubi.tak tahu ubi kayu ke keledek ke kentang ke, lupa nak tanya. haha. tu makanan rusa lah, amik satu-satu suat dalam mulut dia. Kalau geli, letak je tepi pagar nanti rusa tu jilat secara senget. Eii, air liur die mengelikan.


Tu souvenier masa g sana. Kuala Gandah Elephant dan Deerland. Tak masok tengok gajah pon sebok nak beli fridge magnet hahaha.Gambar yang lain-lain tu hanyalah sebagai hiasan. Ciwahh!


Tempat tu macam mini zoo la cmtu, cuma main course die RUSA, hewan-hewan lain tu mcm tambahan je. Kami pergi ber4..bukan ber2.**takpernah pon g jalan mcm tu b2 uhukuhuk. Pergi sama-sama dengan Abe n anak sedara Abe (Abe tu kwn tunang aku n aku masa Form 6 dulu) Nak kenal? Pm aku hahaha...jual member =).  

Ok dude, Jom ramai-ramai pergi Kuala Gandah, Lanchang utk melawat Gajah, Rusa dan pelbagai haiwan lagi. Entry ni dah mcm promot tempat-tempat menarik sempena tahun melawat Malaysia. Oyeahh..

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com