THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 31, 2012

..: F.A.C.T :..



Hanya utk selingan...
Untuk dikongsi bersama pembaca blog ini


ITS TRUE!! That all I can said. ^___^

Ok Bai 
..


Thank You For Reading This Entry ^__^

~ ApAm PoLkAdOt ~

Ni apam kan, sudah femes sikalang, cuma gua belom torai lagi. Aiyakk...

Tulah nak cakap, sekarang baru rasa membuak-buak nak belajar masak. Sebelum ni, malas. Belom terlambat lagi nak berubah hokey! Pelan-pelan kayoh la.... 

Sekarang, kopipes  resipe and gambar-gambar org lain yang masak. nanti-nanti, bile aku dh pandai masak, boleh la upload gambar makanan yang sendiri masak pulak an..Tapi ntah bile.

Meh bagi tengok ghupe apam ni.

Syomel sgt, rasa sayang nak makan kalau buat nanti. hurm...


Bahan-bahannya :
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum (2 ½ cawan)
220 gm gula halus(1 ½ cawan)
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara


1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Dia boleh kukus atau bakar dalam oven, so terpulang ikot citarasa masing-masing.
Macam biase, aku belom try masak lagi..Alah, nanti aku buat, jgn isau.

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

~ PoTaTo saLaD ~

Ni gambar ehsan dr Fatin Liyana and Google.com

Resipi pertama yang aku nak kongsi. Tak pernah cuba tapi akan cuba. Dia nampak simple dan sedap, tp tak taw sbb tak pernah buat lagi. Mengenyangkan sebab ada potato (menggantikan karbohidrat nasi). Bahan-bahan pon senang nak cari. So let us try sama-sama ^__^

: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.

Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!



Jelas tak? Ni semua kopipes je dr Fatin Liyana punya blog..hehehe...harap2 die halalkan =)

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Friday, July 27, 2012

..: Mari Belajar Memasak :..

Assalamualaikum uolls.

Orang perempuan ni kan memang sinonim dengan memasak kan. Kalau zaman dulu-dulu tu kalau dah reti masak, memang mak bapak bagi kawen je. Kire macam "tiket" untuk berumah tangga. Memasak adalah sangat-sangat penting dalam rumahtangga, macam tu lah kot. Zaman sekarang dh tak macam tu, perempuan yang bekerjaya dan ada duit lebih mesti akan makan diluar atau beli diluar. Dah malas nak masak, tak ada masa nak masak atau  tak reti masak? Korang jawab la sendiri.


Lawa bena nak pegi masak Cik Jah oii

Hakak tak nak jadi macam tu, jadi, Hakak mengambil inisiatif untuk menjadikan blog yang tak berape nak femes lagi ni sebagai "Buku Masakan" untuk Hakak gunapakai pada masa akan datang (Hakak pon nak kawen jugak hihihi). Alah, kalau korang nak, korang boleh rembat a.k.a copypaste je resipe-resipe tu nanti, Hakak halalkan wawawa.....Hakak pon MUNGKIN akan copypaste dr mana-mana sumber. Yang penting niat tu, niat tu nak belajar. Niat Hakak nak belajar buat kek, cupkek, masakan berkuah, mee, etc. Tak payah nak ber Hakak-Hakak sangat lah.


Sekadar Hiasan. 


Kt rumah memang tak de oven, so bila takde memang payah nak buat apetah lagi nak belajar, jadi malas macam siput, asik nk dok dalam cengkerang tu je, macam tu lah aku. Bila bende-bende asas takde, memang malas nak buat. Tu utk kek la kan, kalau utk masakan lain tu tak berpeluang nak masak sebab Mak ada, Mak la yang masakkan, bukan aku malas ea,bukan sama sekali. Ha..itulah, itulah  yg jd tak pandai masak tu, sebab asik disuap dan dimanjakan oleh Mak kan? Rasakan, sekarang dah tua, terngangalah nak belajar.


Seksi naw...

So, bile memandangkan status 'single' akan berubah nanti, Insyallah, aku harus bersungguh-sungguh belajar memasak utk bagi makan anak n suami aku nanti. Heloo..heloo...aku cakap cmni bukan bermakna aku tidak langsung pandai memasak ea. Itu tidak benar. Boleh la setakat kari, masak lemak, sambal, goreng-goreng mee ke kan, tapi cukup ke setakat tu je. Kompem-kompemlah tak kan, so kena lah pandai-pandaikan diri, tajamkan skill masak tu sebelum menjadi 'Isteri Solehah' seseorang tu, cewahh. 


So later on, i will update from time to time about the recipes keyh. Stay still ^____^


Muka Semangat nak memasak.

Ok, bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Monday, July 23, 2012

..: Kek Blueberry :..

Part II


Entry ni adalah sambungan dari kesah entry sebelumnya. Tolong jgn bosan k, baca je, buat tak tahu. Pada siape yg tak tahu link sebelumnya, boleh click SINI. Yer, sama-sama!. Berperasaan ada pembaca mengatakan "terima kasih"...hahaha wakk lu!

Pada malam kejadian, yakni malam buffday tu, Si Chubby aku ni ajak pergi makan, mak nak belanja katanya, sempena nak sambut ketibaan Ramadhan tahun ni pada keesokkan harinya. Sampai-sampai je kedai makan tu, maaf lupa nak habaq, kedai makan tu kat Jerantut, ok sambung balik..sampai-sampai je tgk ramai ahli keluarga dan sanak saudara menanti penuh sabar, sambik perut masing-masing ligat bershuffle

Maaf la yer, kami sampai lewat, semua org dah lapar. Tak sempat ape-ape, duduk-duduk,terus doa dan...ngapp. Sat je semua lauk-lauk habis, pinggan licin, ikan siakap tinggal kepala gondol. Ok, settle bab makan, Tetibe....adik Si Chubby aku ni bawak keluar kek. Perhh...rupe-rupenya ada suprise, sambutan bday secara kecil-kecilan. Si bday Boy sangat pemalu dan terharu, org ramai pakat dok nyakat and amik gambar dia. Meh aku share some sweet moment. Dengan aku-aku pon terharu. Ape kes! 


Ok, atas kek tu asal nama "Pak Cik"? Tunang aku ni anak no 7, kedua bongsu, so gelarannya ialah 'Pak Cik", memandangkan kek tersebut adalah dr keluarga maka haruslah gelaran  itu diletakkan. Kalau aku yang bg mestilah tuka tittle tu, ye dok.Sayang ke, Sayam ke, Darling ke, Bie ke, Baby ker, Justin Bieber ke....bla..bla..bla....Kek die sgtlah perhh, sedap..BLUEBERRY+COKLAT  Boleh bayangkan tak? Betapa terliurnya sekarang. Nyesal tak makan banyak-banyak ritu =( *mood : puasa dan bersabar!)

Lepas mkan, bayar, borak...bla...bla.....kitorg terus ke destinasi lain. Tak hengat dah lewat malam dan esoknya nak berpuasa, kaki masing-masing gatal nak berjalan jgk. singgah la jap kat ICT...woo..woo ingat kat Shah Alam jeke ada ICT, kat Jerantut pon ada gak aww...tp pokok jela ICT, yg lain sume sama dengan je dengan taman permainan. Ok tak lawak.

Yang ni interesting nak bagitaw, sampai je kat tempat ICT palsu tu, aku terus keluarkan coklat dan kad yg aku telah bersusah payah nak membuatnya. Aishhh....nasib dia terima dengan senyuman n ucapan TQ. hakhakhak...lepas tu slow-slow kuarkan main present iaitu Cincin comel tu. Perh...lagilah terharu kan. Tak cakap banyak terus pakai. Kembang hatiku. Keluar pergi "ICT" dengan senyuman sampai tinge. ^___^

 Gambar 1


Gambar 2


Ok, gambar-gambar tu tengok je jangan komplen. sebab aku tau korang semua perasan baju kami sama. *padahal memang nak showoff pon. Mengedik.

Ok bai

p/s just for info: Hari ini dah hari ke-3 puasa. Insyallah berbuka puasa bersama Si Chubby tersayang.


Thank You For Reading This Entry ^__^

Friday, July 20, 2012

..: Birthday Si Chubby Saya :..

Ehemm...ehem..uhuk..uhuk...batuk macam nak mati...Wah, sekarang aku batuk-batuk,,dh taw nak masuk bulan puasa nih,pemalas minum air lg kan?Tapi arini,kena praktis tak minum air waktu siang. Semangat!!  Ok! tu konon-konon je ea, tupperware air skrg ni dah tinggal separuh...achane Johan tu?? (ni aku tulis pagi tadi, sekarang dh petang air dalam botol air dh refill balik, punyalah banyak minum)

Whatever.....*tetibe...

Hari ni kan kan,Buffday Si Chubby saya ^________^ senyum lebar sampai tinge!!!
*Si Chubby tu sape?? ok aku jawab walaupun aku sendiri yang tanya soklan tu, sangat prihatin kepada pembaca-pembaca kann?? Si Chubby tu ialah...ialah...Dia ialah Tunang shayer! *cakap macam budak-budak..wink2...(tapekan aku macam ni kadang-kadang?)


Aku suka buat suprise kat Si Chubby aku ni, Dia sgtlah tidak romantik so aku la yang ambik alih keromantikkan tu.Boleh cam tu?. So utk buffday die tahun ni, ada lah "sumthing" tu yang aku nk bg as a present dan bende tu aku tak pernah bagi pun sepanjang hampir  7 tahun kami kapel. Nak tahu ape? Nakk!!!. Aku dengar ape korang cakap dlm hati eyhh,,, hakhakhak...kadang-kadang budget artis pon boleyy.

Cukup, sambung balik. Layan picture-picture comel dibawah...zazzz....


(1)


Nampak gambar yang hampir-hampir comel di atas ini?? hahaha...ok..lupekan.
Pagi tadu punya cerita. Konon-konon nak search je kat tenet gambar-gambar menarik pasal birthday sbb nak post kal wall FB Si Chubby aku ni. Tetibe ternampak gambar perempuan tengah pegang kad besar tulis Happy Birthday. Pas tu otak medula oblonggata aku ni pun pantas berfikir "takkanlah aku nak post dekat wall FB  tunang aku sendiri tp guna gambar pompuan lain..tidak!! sambil jerit2 dalam hati jek. Ok.terus set dalam kepala bila idea terbang hinggap dalam otak. Terus ambil paper A4 then tulis sendiri. Ha, jd lah macam gambar di atas. TQ pada officemate aku Fara (sila kelik kalau nak berkenalan) sebab sanggup layan gila-gila aku tu pagi tadi.hahaha. Snap lebih kurang saploh picture, pilih-pilih then edit..Tu lah hasilnya. Siyes malu gile wat camni, pas tu post pulak dalam fb, memember sume tengok, tapi aku buat duno je..lantaklah. This is pon first time ever! Tak penah terpikio pon nak buat okey.


(2)

Pas tu an, terlebih rajin, aku buat pulak kad. Hand maid je pon. Nak beli sampai 3 4 5 hengget. Tak payah. Aku pun kreatif ape. Masuk lif tekan butang sendiri. Paham kan? Walaupun tak cantik macam kad kat kedai, tapi hakak buat ikhlas noks. hakhakhak.



(3)

Ha...muka siyes je nampak cincin tu ann? How romantic I am?? Angguk la pale tu..Yes, that it!! A Ring.Buat pertama kalinya dalam idup aku bg cincin kat tunang aku. Ingat bila nak nikah nanti-nanti-nanti baru nak beli,tapi dah tak tahan sangat nak beli jugak. Nak beli jugak, belilah! And coklat tu pulak sebab sedap. Bila dia bukak nanti untung-untung boleh cilok sikit. Kalau ada rezeki. Eii, aku bagi ikhlas ok. Tak mintak balasan punya. Tu kalau je..KALAU.


Malam ni nak meet, then boleh bagi hadiah-hadiah tersebut. Tak sabarnya. Nak tengok reaksi die. Walau pun dah tahu ape reaksi dia yang tak kan tunjukkn ke happy an die tuh. Redho mak.


p/s : aku selalu dapat present bertemakan kapal dr Si Chubby aku nih. Tak tahu lah nape die suka bg kapal-kapal. Ada sebarang pandangan??

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Wednesday, July 18, 2012

..: Ramadhan Datang Lagi :..

Tajuk entry pun dah macam iklan menan yang  "Tora datang Lagi" *bunyikan dengan suara yang comel ples* 
Sape penah tengok iklan tu? tipu kalau cakap tak, orang kampung ke orang bandar ke mesti penah tengok ann..eleh..rumah masing-masing dah ade tibi.

Weh, lagi dua ari lagi dah nak puasa lah. Korang dah ganti puasa? ganti cepat derr, nanti kena ganda tau tahun depan,,sia-sia. Dikesempatan ini (cewah) sy (tetibe nak guna saya-awak) nak ucapkan ....

Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin & Muslimat ^____^

Comel sungguh kartun ini, siap bintang-bintang bagai.



Semoga Ramadhan kali ni penuh keberkatan


^^^^^^^^^^


Dulu masa kecik-kecik mak aku selalu cakap, kalau bulan puasa setan kena tambat, dalam hati,
hahaha  padan muka setan & hantu semua, boleh la aku ngan kawan-kawan lepak kat lua rumah main bunga api, sambil berlari-lari manja, tangan pusing-pusing sambil pegang bunga api yg percikkan dia keluar kaler-kaler tuh.

Maaf, aku tak suka main mercun, bahaya! no..no..*sambil jari telunjuk bergerak ke kiri dan kanan. Alah main sekadar mercun papan, nak cucuh api pon ketar-ketar tangan, pastu belum kena api lagi dah baling, langsung kena marah free dgn abang aku. "dah,tak payah main".


Setan..pergilah dengan tenang, asik mengangu-gugat org je taw..shuhh


^^^^^^^^^^


Gambar-gambar dibawah (curik dr Si pintar Google) adalah sedikit sebanyak peringatan  dr aku utk reader-reader sekalian (lantak aku lah nak perasan reader aku ramai). Yang baik dari Allah & yang kurang ajar baik dari  diri aku n jari aku yang taip keypaid keyboard nih.

Sila klik untuk tumbesaran.

Mak ai, kociknye....Sila klik utk tumbesaran juga.


Comel syiall.....penoh bermakna walaupon gambar die seakan-akan seekor berok. ke memang berok?? takde keje pulak aku nak kaji berok ke tak..Abaikan.


Bulan puasa @ Ramadhan ni lah yang nak buat banyak pahala. Kalau bulan-bulan lain tu macam malas-kemalasan je nak berbuat baik kan. So kemonlah, kita sama-sama manfaatkan Ramadhan tahun ni.


p/s : alamak, baju raya takde lagi. ok.ok puasa baru nak start dah pikir baju raye, eloklah tu.

Ok bai.



Thank You For Reading This Entry ^__^

Tuesday, July 17, 2012

..: Blog Kesukaan :..

Apabila duduk di office yang tiada bos, tambah pulak kerja tak ada, dalam hati cakap "heavennye".
Hati je ye yang cakap macam tu, mulut aku cakap, "bosannya, kenapa tak ada kerja?"-pura-pura menjadi pekerja cemerlang, titik.

Apabila bosan macam ni, otak kiri dan kanan mula berfikir nakal, jari jemari runcingku ini pula gatal menari-nari atas keypaid keyboard. Mula memikirkan topik apa yang  nak dikongsikan.

*******

Ha,tetibe atas kepala ada mentol menyala, ala yg mcm dlm katun tu, ble ad idea je tros, tingg!!
dah,dah,merepek lebih. (semut atas meja berbicara)
Ok semut, aku diam.

Arini nak cakap pasal blog-blog yang selalu aku singgah dan baca dan kalau kelaka aku gelak-gelak, kalau tak kelaka aku tak gelak la, just baca sampai habis,pastu klik button pangkah, pastu gi blog-blog lain pulak, macam tulah seterusnya. Wah,banyak pulak masa kau nak baca blog's kan?...lantaklah, aku suka baca blog,bialah!! ~.~

^^^^^^^^^^

1st blog yg aku suka baca is blog Elia@ Aimie Harmelia , ala dulu die femes sebab pakwe die player football, Khairul Fahmi Che Mat aka Apek (penjaga gol Negeri Kelantan). Aku follow blog die dr nama Apek mula femes sbb Malaysia menang piala AFF kt Indon dulu. Dr kapel sampai tunang. last2 diorg break pas ader krisis org ke 3. Masa mula-mula tgk Elia tu mcm down jgk, tp now tgk blog die, die dh semakin bersemangat dan dh sama femes dgn ex die dh..Aku cakap macam aku baik sangat je dgn si Elia ni kan.

Aimie Harmelia 
Gambar : Ikhsan Google

Ok, lain-lain blog : 

Fatin Liyana Blog die ni aku taw dr kawan. Comel taw die..laki-laki yg ske g blog die msti sbb nk usha muka die yg cute tu ann?? eleh toksah tipu!..then.bcoz of entry die yg pegi Korea tu yg membuatkan aku suka nak baca the whole blog die.

Fatin Liyana
Gambar : juga Ikhsan Google

Cahaya Bahagia This blog is belong to my friend who I never met. Tak percayakah? Dok chating2 n msg2 je ok..langsong xpnah jmpe lepas hampir bertahun-tahun jgkla kenal. She was my friends Girlfriend. Blog die mostly about CINTA. ala-ala bunga-bunga mcm tu.

Iqa
Gambar : Curik kat blog die ^___^

Hanis Zalikha is one of the blogger plus model. Tak hengat bile masa jmpe blog die. Bile dh jumpe just keep baca jela. Now dh jd heroin filem "Gengster Celop". Berlakon disamping Kamal Adli n Shamsul Yusuf wa ckp sama lu.. Semakin berkembang kerjaya beliau. Alhamdullilah

Poster gengster Celop
Ni masa majlis pelancaran n doa selamat cite nih. Yg heroin tu la Hanis Zalikha

Choyaya Secret Garden Pemilik tunggal blog ni kawan kakak aku. Ni pon ntah bila aku jumpe blog dia. penulisan yg best. kelaka...okey la buat release tension. tp semenjak mengandung ni die dh jarang update. pastukan, blog die asik cerita pasal makan je...tak paham, dia kuat makan kot? hahaha...Kak Su mmg dh semakin berisi pon =) *kalau kak Su TERbaca ni, jgn marah ea..den guro ja,,,


Zack Zulkhairi blog ni baru minggu lepas aku jumpe. Ntah, tetibe je ade kat PC opis aku nih. Blog die OWSOM beb. Tak kering gusi aku baca..basah je gusi wawawa... Best sgt. Penulisan yg sgt realistik. Aipp,puji lebih-lebih mcm dapat duit saku je..aishhh


Numeeqah is my niece blog. Blog comel budak-budak remaja. Mosly about Islamic n her life.

*******

Banyak lagi blog-blog kesukaan, tapi masa tulih ni aku lupa, kalau nak tengok lagi che pergi ke blog listing aku tuh..kelik je mana-mana. Sume blog best-best.

ok bai 


Thank You For Reading This Entry ^__^

Monday, July 16, 2012

..: Ice Age 4 aka Baju Sama :..


Apa perasaan korang (bloger-bloger) yg tetibe terasa rajin nak update entry terbaru??
Dengan rakus dan gian nak taip kan?? ase mcm kelam kabut jari jemari runcing masing-masing bila idea mencurah-curah jatuh ke ladang gandum..huh?? gandum datang mana pulak...
*gigit jari sambil buat muka tak bersalah.
Pastu kan...dalam sehari bukan main banyak entry di postnya....bukan korg je,,,aku pon sama dowh..hahaha, nak dijadikan cerita.............

Puas belek-belek koleksi gambar yang banyak gile dalam PC opis ni tetibe ternampak satu gambar yang belum di POST di mana-mana..*wah, macam "sikret" sangat je gambar tuh kann....tu yg tetibe otak kiri n kanan ni dh mengeluarkan idea.

Well...well...well.....ahakzz.

Ehh..korang dh tengok cite Ice Age 4? Cite die boleh la tahan...kelako....Kalau mula-mula dulu dapat tgk wayang dengan Incik Tunang, bukan main suka, sekarang macam dah selalu pulak tengok, rasa biase-biase saje lah, hahaha, ayat bongkak!! 

Poster of Ice Age 4 : Continental Drift



Sebelom pergi wayang......

Amik henpon murahku ni,terus taip msg.

"Pa, kang pakai baju sama yang kita beli kat Cherating aritu ea" -kataku

kring...kringg..... (tetibe fon aku bunyi,,,bunyi xbes langsong!)
Sygku kol lah...angkat dengan sopan santun..hahaha

"Helo"-jawabku

"Helo...eh..,Pa mmg tgh pakai baju tu pon, sebok je nak tiru" -katanya dgn laju.

eh..helo.aku bkn nak tiru..itu la instinct namanya...sehati sejiwa...belom suruh dah pakai hahahah

"Yeke...yeyy..nak pakai jugaklah bagi sama"-kataku

"Tak payah la..malu lah.." katanya

"Pedulu ape..ok bye" kataku ringkas lg padat sambil senyum-senyum kambing dan terus letak tepon hehehe


Ok, kembali pada cite asal..nak g tgk wayang je kot,gatal nak pakai baju sama bagai...geli dowh!

Harap maaf, gambar kabur....tu pon dah cerahkan dengan Picasa 3
Nampak x baju kami sama?? ish..ish...malu*


Sampai kat wayang .....

Incik Tunang ckp

"Malu lah pakai baju sama cam ni"

"Oo...malu...ok tapelah cmni, tutup dgn sweater..*buat2 majok"

"Hehehehe...mengada."-katanya

"Dah ckp malu kan...."-ujarku

Last-last buat bodo je jalan masuk Mentakab Mall tuh... ^_____^

Masuk wayang awal...pe lg snap sane sini...buat mcm wayang sendirik ja,...last-last gambar diatas itulah hasilnya...Mungkinkah  lepas ni akan lebih berani untuk tampil pakai baju sama lagi??.. tak tahu lah...eee,buat perangai mcm baru sebulan dua kapel,padahal umo dh suku abad, sabo jela =)



Thank You For Reading This Entry ^__^

Saturday, July 07, 2012

..: K.A.M.I :..

Fuhh..bersawang sudah blog ini......

Salam....

Lama dah aku tak menconteng diari comel ni...
Just wanna updates some fresh pic n news bout me n my Fiancee....
*kalau tak suka jangan tengok malahan jangan baca pon* wink2... ^__^


walaupon tak macam Romeo n Juliet...apa ada hal..


28 Jun 2012 ( after nonton Mael Lambung)

 Chicken Chop sedap kat E Station, Temerloh...tambah White coffie sejuk...fuhhhh...


1 Julai 2012.....(Cherating Beach)


Next destination...AIR TERJUN...kan syg kan??.... (aku tau dia akan jawab macam nih..."yela"
hahahaha...dh taw sgt perangai die yg mls nak taip msg pjg2....

> tengah plan nak buat suprise bday tok My Fiancee nih....20 Julai,Coming up next!!


Thank You For Reading This Entry ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com