THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 30, 2012

...: Syawal 2012 :..


Kembali menaip seperti selalu....Hari raya dah lepas, sekarang baru semangat nak update blog...bukan blog sangat pon,,lebih kepada diari hidop. Lepas dpt anak cucu nanti boleh baca balik blog ni..**ntah ape yang aku tulis.abaikan.

Kembali kepada topik asal, Syawal 2012 yg meriah!! wow...buat bunyi bungapi....popp..pommm..pomm..kebabommm..**jadi la asalkan ada rasa meriah suam-suam kuku..gambar yang ada pon tak banyak, tunggulah beli DSLR..ha,taw la time tu, penoh memori dengan pelbagai aksi.
Gambar dh upload dlm FB aku. KLIK SINI. (kalau nak tgk,kalau tak dpt tgk add friend dulu hahaha) dalam tu pon ada gambar Majlis Pertunangan 'bakal anak sedara' den...ngeee

and.....

Additional picture here...yeyy...

Raya Pertama (rumah In Law..Insyallah)



Raya ke-3 (beraya rumah adik-beradik)



Raya ke-7 (kenduri tunang anak sedara)



Cincin yg I bg masa bufday die..hihi


Ok cukup itu sahaja gambar yg lulus untuk dipaparkan. Bajek ko retis nk upload byk-banyak gambo? puii..

Shusss....dh tgk diam2 yee....^__^



5 & 6 syawal dh kena koje..uhuk...

Ok Bai 


Thank You For Reading This Entry ^__^

Wednesday, August 29, 2012

..: Jika Dia Jodohku :..



Setiap insan pasni mahu merasa CINTA,,,
Setiap insan juga mahu merasa alam PERKAHWINAN,,,
Setiap insan juga tidak mahukan PERPISAHAN,,,
dan segala-galanya adalah RAHSIA ALLAH,,,
Siapa kita utk menentang,,,
Kita hanya mampu merancang,,,
dan BERDOA










أحبك في سبيل الله
I love you demi Allah


Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Wednesday, August 15, 2012

..: iFtAr + ShOpPiNg + Kad Raya :..

Salam Sejahtera ke Atas Kamu Pembaca's.......

Semalam kan, I g berbuka kat luar U olss.
Dengan Incik Tunang ^__^
Tapi..... WITH his opismate =(. 
Ok agak rasa tak best disitu.
Tak boleh nak "dating" sangatlah.
*Bulan puasa pong mau dating ka? Ayoyo...


Yeaa...ni dia menunya....lazat bukan? yummy....


Ok then after sendawa besar akibat kekenyangan, we move gi shopping ghayer.
Plan asal masa mula-mula puasa konon-konon tak nak beli baju baru.
Incik Tunang cakap tamo beli baju melayu.
Gasak la pakai baju raya lama kaler pepel.
Aku kenalah follow the flow sebab kata nak sedondon kan?
Sooo.....sad i'm =(. Dapat rasa takkk,dapat tak?
Jadi aku pasrah. Tak kesah. Jangan membazir.
Positif...positif....hehe

*
*
*

Tetibe.....
jeng...jeng...jeng....
Malam tadi pas Iftar same-same, 
Incik Tunang tanya aku nak die beli baju melayu ke?
Of koz la aku cakap nakkkkkkkkkkkkk!
So..otometik baju aku pon kena beli jgk.
Nak sedondon la katakan..uhukk2
Ni yg besh nih =)
*TQ sayam sbb U baik ati belanja I lagi..hikhikhik

Pencarian bermula, (kat bandar Temerloh je ponn) 
Org ramai amat, parking 3 4 kali pusing baru ada.
Tapi gagah jua sbb nak berbaju baru dipagi hari raya. ececeh.
Akhirnya....
Dapat!
Suka hati lah.
Kaler ape??
Tamo kasi tahu......lalala~
Tungguuuuuuuu....

Opss...lupa, tajuk entry kat atas tu ada mention pasal kad raya ann?
Raya-raya ni walaupon SMS ad, MMS, ada, FB, 
TWITTER, BBM etc utk wish segala bagai ucapan
'Selamat Hari Raya'
Tapi bagi aku kad jugak yg paling besh.
Walaupon diri sendiri tahun ni langsong tak bg kad kat kawan-kawan.
Tapi tapi, utk Incik Tunang, aku HARUS bagi kad.
Rutin wojib stp hari raya.
Bukan ape, utk kenangan.
Lepas tu kat sampul surat tu tulis pantun nih

"pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas"

Hahahaha....nak pulak 'laki' aku ni balas kan
Wallahualam.
tunggu jela, balas tak balas takde hal derr,
asalkan dpt beraya bersama-sama.


Ha ni gambar kad raya tu. Tajuk die, Kad Raya Utkmu........ mabelesss!! mabeless wak lu
Beli kad raya murah katun-katun je, takesah, asalkan ikhlas la..





Ok lah, that all for today yer kawan-kawan.



Muka kenyang lepas Iftar semalam


Pesanan penaja (gambar sebelah) hahahahha : 
Jangan la anggap entry dlm blog aku ni utk menunjuk-nunjuk ke ape ke.
 I just want tu show and share some of my SWEET moment in my life. 
Feel free utk baca tanpa ragu-ragu dan sentiasalah senyum bila baca  ^____^

Ok Bai.


Thank You For Reading This Entry ^__^

Tuesday, August 14, 2012

..: Twitter :..

Ahlan Wasalan...Assalamualaikum.....

Practise make perfect. Kalau tak praktice macam mana nak perfect?
Ni kata-kata aku pd diri sendirik. 
Pasal buat Twitter tp tak reti guna dan sebab apa tak reti guna? 
Sebab jarang bukak dan jarang godek-godek dia.

Ala...lex la der, buat pon baru lagi.hahaha....nak bagi tahu U oll lah, aku baru buat TWITTER!!!. Jerit kasi dengar satu kampung.
Perasaan tu nk gembira ke nak biasa-biasa je? 

Mula-mula excited makk. Lama-lama jd lemau. Tak reti guna. Buat pon tak sampai seminggu. Hari sabtu Jumaat lepas baru buat bende alah ni (10 Julai 2012). So ada masa lagi nak pandai main kan. 
Ni semua sebab ngikut opismate aku lah, terpengaruh sudah. Aishh....

Ape bestnya Twitter nih? Aku jawab, ntah, satu je sbb yang aku taw,  best sebab dapat tahu update terkini artis-Artis. Wahh artis yang kaw kejarkan?? Dunia-dunia....
Yela, tengah nak cari Twitter  
Ustaz Azhar Idrus la nih.

Artis tak ramai gne FB, diorg banyak guna Twitter, dah macam burung, suka sgt ber'twitt'...'twitt'. Sehari tu diorang boleh dikatakan 3-8 kali 'twitt'. Cakap bende bese-bese je pon. Sabar jela makk! tp kaw baca jugak kan? Yer...hakak baca....huhuhuiii

Ni print screen Twitter hakak....aww...=)

Klik untuk tumbesaran.

Sape-sape nak follow..lai..lai..lai...add @noraziraothman.......ini Twitter saja-saja mau bikin..bukan mau skandal hokey. Tidak sama sekali! 
Setia pd yang satu....hahahahaktuih! =)

Dah penat taip.

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

..: IfTar WitH HoUsEmAtE :..

Assalamualaikum kpd semua yg tengah membaca (kalau ada yang baca lah)

Entry ni punyalah lama patutnya publish tp entah kenapa terasa malas nak mampos gile nak update. Fuuhh.. mujor lah hari ni aku agak free-free time gitu jd adalah keinginan mau mengupdate blog ini. Bila tetiba dah rajin jangan cari alasan tamao update pulak, sat gi jadi malas seumur hidop, naya. 

This IFTAR pada 31 Julai 2012. Mak kaw lah, punyalah lama Jah oi. *Baik kaw takpayah update lgsong kan?. Anonymous selalu akan jek kita mcm tu. Wutever! aku jawab dalam hati. Wah! ferashan blog ni mcm blog Fatin Liyana or Maria Elina. kikikiki

Ok dari terus tersasar jaoh baik kembali ke pangkal jalan, Ramadhan Al Mubarak lg best kalau dpt berbuka bersama org-org yang tersayang. Of koz la Family rite? Beside family ape?? ha..ape?? teka..teka.... alah, tipu la taktaw kan. Ok aku cakap, mestilah your spouse a.k.a pasangan (kapel, tunang, hubby, BFF etc).

And beside that?? Me choose My Housemate. My Housemate gua cakap lu..memang BEST noks! Dh mcm sibling kata org putih. We complete each other. Which mean we top up each other. Hopefully will everlasting like this lah. Tetibe nak tangkap leleh cite pasal housemate. podah! Ok ape, kalau hidup jaoh dengan family ni memang housemate akan jadi family kita. Tol tak? 

Ni nama-nama dak-dak umah aku. Kak Syikin, Kak Na, Sara, dan Diana. 
Maaf gambar mereka secara  close up and zoom in memang tiada buat masa sekarang. Maybe akan diperkenalkan melalui entry akan dtg. *Kalau rajin harap maklong! hahaha


Ok lets enjoy our pic Iftar Together ^___^ 

Place : Restoran Darul Tomyam, Temerloh. 
*google kalau nak tahu, tu pon kalau ada dalam google map..wawawa

Nampak tak makanan tu SANGAT banyak dan SEDAP utk menampung perut 4 orang. Kak Na je takde sebab dia balik kampung. Lets me introduce U one to one. Tudung turquoise tu Diana, Tudung hitam tu  Sara & yg pakai spek tu Kak Syikin.

Menu-menu berbuka puasa :

~nasi putih
~ siakap stim
~kailan ikan masin
~ sambal belacan + timun
~ telur dada dadar
~daging masak merah.
~tomyam campur
~ somtam (betik punya kerabu, alah, kerabu betik)
~air milo panas (aku)
~barli es (Diana)
~ Teh o es laici (Sara)
~ Oren Just kot *tak hengat la (Kak Syikin)

Banyak kan? harga bole tahan la, berbaloi sebab SEDAP. Terbongkang la pastu.

Ehh....Ehh.....tak..tak...jangan ingat kami terlalu lemah utk berjalan selepas itu....No..No...No... 

Next destination was Tunas Manja. Mencari keperluan rumah.
 
Harap maaf gambar tak berape clear, kembang je kan. Maklomlah gune enpon zaman purba. 
*Alamdulillah ada enpon dari takde =)

Lepas tu kitorang pergi ekspo pulak. Tapi takde gambar. Saja survey baju-baju & kuih-kuih raya. Ha...lepassss tu...baru balik. Kesimpulannya, PUAS + BEST. Sekali sekala keluar dgn dak-dak umah kan.

Ok Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Thursday, August 09, 2012

..: BBQ + Bday MAK :..

Bulan-bulan puasa ni asik nak makan macam-macam je kan. Semua nak ikot napsu serakah masing-masing. Kalau g bazar Ramadhan tu membeli tak hengat dunia. RM10 tu mcm dah tak cukup kan? *cukuplah mukadimah kali ini...^__^

Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan 2012, dah 2x aku makan BBQ daging buatan Incik Tunang dan Puan Mak (mak saya bukan mak dia). Ok, lets go through se by se, barulah boleh bercerita sambil melihat gambar. Ala, mcm masa belajar tadika dulu.  Perh..tengah-tengah menaip ni pun sambil lap-lap air lior je. *kecuh lidah..masih terasa lagi kesedapannya. Wahh! kelas kau Maria!

1st BBQ
Lokasi : Felda Kesidang Jengka 8
Rumah Incik Tunang

Ha, tgk gambar ni pun dah sedap dap dap kan? Tapi malangnya dekat nak berbuka baru nak bako. Tulah pasal, Incik Tunang aku ni g mane ntah ptg tu, jd lambat berBBQ. =(



Ok. kat sebelah tu bahan perapan die. Takde jual kat kedai yer. Handmaid by Incik Tunang sy. Kelas tak? Bangga noks! haha. Memang sedap tak tipu. Cara dia blend sume bahan-bahan tu mcm dh bese buat je. I pon reti keyh *tak nak kalah. Bahan-bahannya ialah bawang kecik, bawang putih, serai, jintan, kicap, sos, garam. tu je kot, ntah tak ingat.lalala..semua blend je.sonang...kalau aku buat, aku tambah madu n serbuk kari ^__^



 Cara moden. Nampak kipas tu? sonang, tak payah nak kipas-kipas guna tangan. Penat mak!
Cepat je api marak makan arang tuh. Bila dh jadi bara, terus letak daging. Pusing atas bawah then siap dimasak. FYI, tak masak pon, hahahah masa berbuka kan, dia try hiris, pas tu nampak  ada merah-merah lagi, dah jd keje dua kali g letak atas bara tu balik. hahahahha.....



Atas : Kerang rebus beli kt kedai. Yg penting, sos dia sedap. Side dishes pas Iftar. Malam-malam sikit la makan. Ko gila nak makan pas berbuka. Senak. 

Bawah : Kueh muih + cempedak goreng + air laici. Tu menu paling simple. Ni masa berbuka kat luar teman Incik Tunang bako daging. Sampai azan kitorang dok kat lua. Tapi tak lama lah.



***************************************************

2nd BBQ
Lokasi : Felda Anggerik Jengka 1
Rumah Den la.

Akibat dh terlalu banyak gambar kat atas tu, kali ni aku minimize kan. Senang nak tgk. This is My Mom dh prepared pg-pg lagi. Aku pon tak tahu yang Mak nak perapkan ayam n daging tok dibakar ari tu. 

Sebenarnya an, dari aritu lagi Incik Tunang nak wat bako-bako kat umah aku, tapi Mak aku ckp daging takde kat lori jual ikan, so ngatkan Mak dh lupa and dah  tak jd dah. 

Jd, ptg yg nak buka bersama tu ,aku plan nak wat nasi ayam je. Pas tu dia tau plak 'bakal menantu' dia nak bukak puasa sesame, ha kaw, teros perap daging dan ayam pagi-pagi lagi (diluar pengetahuan aku). Very the suprises kan?? Mak TQ berymuch, U're soooooo SWEET ^__^
Memang sedap giles la, Mak buat dgn penoh kasih dan sayang kan. Cewah!



 Kebetulan...eh bukan kebetulan, memang dah plan dah dgn Incik Tunang nak bli kek tok Celebrate Bday Mak mlm tu. *walaupun lewat sehari. Tadaa....Mak terkejut and She smileeee ok like this (^___^)  . so I assume tanda happy kot.

MAK, here some wish n DOA from your beloved n Sweet daughter maybe :

~ Adik will LOVE u always.
~ Hope U happy always.
~ Panjang Umur + Murah rezeki.
~ Cantik and sihat-sihat selalu.
~ Get what U want in your life.
~ I will take care of your forever. InsyaALLAH. Sob..sob...
ok ni wish aku yg terakhir heheh
~ Doakan adik ada jodoh and cepat kawin dgn En Apizan nih..ngeee. Gatal!


..: We both :..

So, itu sahaja utk entry kali ni. Sekian.

OK Bai


Thank You For Reading This Entry ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved azirafizan.blogspot.com